Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi ke-29 dibatalkan

  • Published in Sukan

IPOH, 2 Mei - Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi ke-29 dibatalkan.

Perkara itu dimaklumkan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan setelah mendapat perkenan dari Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Dalam satu kenyataan, Pengerusinya Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata, pembatalan itu disebabkan faktor penularan pandemik COVID-19 dan ekonomi yang merosot secara global.

Ia termasuk pasukan yang dijemput tidak dapat menjalankan latihan untuk persiapan kejohanan itu.

Menurutnya walaupun Perintah Kawalan Pergerakan akan ditamatkan namun perhimpunan secara besar-besaran tidak dibenarkan untuk tempoh enam bulan.