Wednesday, November 20, 2019
updated 12:35 PM UTC, Nov 20, 2019

Kejohanan Ragbi Cobra 10 sepasukan: Skuad Cobra tamatkan penantian lebih sedekad julang trofi kejuaraan

  • Published in Sukan

PETALING JAYA - Kejohanan Ragbi Cobra Antarabangsa 10 Sepasukan edisi ke-49

Pasukan tuan rumah,Cobra, menamatkan kemarau lebih 10 tahun kejuaraan selepas membenam RMAF Blackhawks 15 berbalas 12 di Stadium MBPJ, Petaling Jaya.

Skuad Kendalian Clayton Mc Milan turun selaku pilihan utama kejohanan selepas memenangi 9 perlawanan sebelum ini.

Ini pertemuan kedua antara kedua-dua pasukan selepas kali pertama di peringkat kumpulan.

Cobra mencipta kejutan apabila mendahului 12-0 dua minit selepas perlawanan bermula hasil 2 try menerusi Teaihe toma dan Declan Barnett serta satu conversion.

Namun Blackhawks yang kembali menemui rentak, memperoleh try 5 minit kemudian menerusi Beniamino Damudamu Vota dan Muhammad Zul Asyraaf Zairifi melengkapkan conversion, mengutip 7 mata.

Suasana semakin rancak apabila Blackhawks berjaya menyamakan kedudukan menerusi try Declan Barnett.

Bersambung babak kedua, masing-masing melakukan serangan untuk menjarakkan mata namun tiada tambahan mata.

Peluang Cobra untuk mengakhiri kemarau trofi berhasil apabila pengadil memberikan penalti di penghujung babak kedua.

Peluang itu tidak disia-siakan Teaihe Toma untuk mengutip 3 mata dan pengadil terus membunyikan wisel penamat.

Selaku juara utama, Cobra membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 trofi berserta medal.

Manakala Blackhawks pula membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan medal.

Sementara itu Auckland Varsity Vipers muncul juara Plate selepas membenam cabaran Polis Bersatu 29-0.

Manakala NS Silverbacks mengukangi kejayaan tahun lalu, mempertahankan Piala Bowls selepas membelasah West Coast Sharks 38-0.