Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Syahmi menang Anugerah Jaringan Terbaik AFF

  • Published in Sukan

                                                                                                                     Foto: FAM

KUALA LUMPUR - Pemain muda negara, Muhammad Syahmi Safari dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Gol Terbaik Piala AFF Suzuki 2018 pada Anugerah Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Hanoi, Vietnam, malam tadi 

Pemain Selangor berusia 21 tahun itu turut terpilih dalam Kesebelasan Utama Piala AFF Suzuki 2018 bersama-sama dengan dua pemain negara, Mohamed Syamer Kutty Abba dan Norshahrul Idlan Talaha

Jaringan unik Muhammad Syahmi pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 bertemu Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok 5 Disember tahun lalu membawa kepada kemenangan anugerah berkenaan.

Aksi luar biasa itu dihasilkan beliau dari luar kotak penalti selepas menerima hantaran mengelirukan dari rakan sepasukan.

Jaringan menyumbang kepada kemaraan Skuad Harimau Malaya ke pentas akhir dengan kelebihan gol di tempat lawan menerusi agregat 3-3.

Menurut ciapan twitter akaun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menerima anugerah tersebut bagi pihak Muhammad Syahmi.

Jaringan tersebut turut dicalonkan oleh FAM untuk Anugerah Puskas FIFA bagi tahun ini namun ia tidak tersenarai dalam 10 jaringan yang dipilih oleh panel pemilihan badan induk berkenaan.