Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

VAR perlukan perbelanjaan besar

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Ujian kesesuaian berkaitan dengan Video Bantuan Pengadil (VAR) dan Teknologi Garisan Gol (GLT) memerlukan perbelanjaan yang besar sedangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mempunyai dana.

Pada masa yang sama jelas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim; ia juga memerlukan penelitian laporan teknikal oleh FAM dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Penjelasan tersebut bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jelutong.

Isu berkenaan timbul susulan wakil Jelutung itu mempersoalkan jaringan gol kedua pemain JDT Safawi Rashid ketika perlawanan akhir Piala Malaysia yang pada amatannya tidak masuk ke gawang.