Wednesday, November 20, 2019
updated 12:18 PM UTC, Nov 20, 2019

Maverick Vinales rekodkan kemenangan kedua selepas menguasai MotoGP Malaysia

  • Published in Sukan

SEPANG - MotoGP Malaysia 2019.

Pelumba Yamaha, Maverick Vinales merekodkan kemenangan kedua musim ini selepas menguasai MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang dengan catatan masa 40 minit 14.632 saat.

Bermula di Petak kedua, Vinales berjaya memboloskan diri daripada dua pelumba PETRONAS SRT, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli untuk memimpin perlumbaan dari selekoh pertama.

Pada satu ketika Vinales berjaya memimpin perlumbaan dengan kelebihan 1.8 saat.

Vinales kini mendaki tangga ketiga keseluruhan pelumba dengan perlumbaan berbaki satu pusingan di Valencia.

Juara dunia, Marc Marquez berjaya menaiki podium di tempat kedua meskipun memulakan saingan di petak ke-11.

Turut menaiki podium ditempat ketiga pelumba Ducati, Andrea Dovizioso.

Dua pelumba Petronas SRT, Morbidelli dan Quartararo yang bermula dipetak satu dan 3 menamatkan perlumbaan ditempat ke-6 dan ketujuh.

Sementara pelumba negara, Hafizh Syahrin yang berlumba buat kali terakhir dihalaman sendiri untuk musim ini turut meraih mata apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-16.