Friday, December 13, 2019
updated 1:02 PM UTC, Dec 13, 2019

Perlawanan persahabatan menentang Tajikistan : Cheng Hoe akan tumpu bahagian serangan

  • Published in Sukan

BUKIT JALIL - Menjelang perlawanan persahabatan menentang Tajikistan pada 9 november ini.

Pengendali pasukan bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe menegaskan untuk memperkukuh pemain di bahagian serangan dalam persediaan untuk mengharungi perlawanan seterusnya pada kempen kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023.

Cheng Ho akui tempoh singkat bagi perlawanan sebenar menentang Thailand dan Indonesia pada pertengahan bulan ini agak menyukarkan persediaan Harimau Malaya.

Namun, melihat kepada persembahan bertenaga Shafiq Ahmad dan Safawi Rashid dalam aksi final Piala Malaysia sabtu lalu, beliau yakin pasukan kebangsaan boleh meletakkan harapan dua pemain itu untuk membantu serangan.

 

Beliau ditemui pada sesi latihan pusat Harimau Malaya di Padang MSN, Bukit Jalil semalam.

Dalam sesi kem latihan itu, hanya 12 pemain yang hadir manakala selebihnya pemain dari Kedah dan JDT yang diberi cuti rehat selepas beraksi dalam final Piala Malaysia.

Mereka dijangka melapor diri esok.