Logo

Beberapa sektor ekonomi tambahan dibenar beroperasi


PUTRAJAYA, 16 April - 
Kerajaan bersetuju membenarkan beberapa sektor ekonomi tambahan beroperasi secara berperingkat.

Semua syarikat terlibat bagaimanapun wajib mematuhi syarat-syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi sektor masing-masing.

Ia termasuk mematuhi peraturan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat, berdasarkan syarat-syarat Kementerian Kesihatan dan garis panduan agensi penguatkuasaan.

Berikut sektor-sektor berkenaan:

1) Industri automotif
2) Industri mesin dan peralatan
3) Industri aeroangkasa
4) Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan
5) Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D)
6) Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar
7) Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dalam pemborongan dan peruncitan
8) Perkhidmatan dobi

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.