Wednesday, 23 September 2020

updated 12:40 PM UTC, Sep 23, 2020

Kontrak perkhidmatan 2,070 pegawai KKM disambung enam bulan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 16 April - Kerajaan meluluskan penyambungan kontrak perkhidmatan 2,070 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tempoh enam bulan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kelulusan itu melibatkan penyambungan perkhidmatan kontrak untuk 79 pegawai perubatan Gred UD41, 852 pegawai pergigian Gred UG41 dan 1,139 pegawai farmasi Gred UF41 yang akan diuruskan dari semasa ke semasa.

Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan langkah itu juga sangat bertepatan serta selari dengan matlamat kerajaan dan KKM untuk menangani dan memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Kerajaan juga berharap penyambungan kontrak perkhidmatan itu dapat menyediakan peluang kepada pegawai untuk terus berkhidmat serta memastikan penyampaian kesihatan berjalan lancar dan memberi manfaat kepada rakyat.

Keputusan tersebut melibatkan petugas kontrak perkhidmatan yang telah atau akan berakhir secara berperingkat pada akhir tahun 2019 dan 2020 sahaja.