Wednesday, November 20, 2019
updated 12:03 PM UTC, Nov 20, 2019

Final Piala Malaysia: Pertembungan dua kembar rebut kejuaraan

  • Published in Sukan

Final Piala Malaysia 2019 akan berlangsung malam esok, pertemuan antara Kedah dengan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Apa yang menarik, perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu juga akan mempertemukan pasangan kembar yang tidak asing lagi, Zaquan Adha Abdul Razak yang akan beraksi untuk Lang Merah dan Aidil Zafuan Abdul Razak bersama Harimau Selatan

Dalam tempoh 13 tahun karier mereka dalam kancah bola sepak tempatan, ini adalah kali pertama pasangan kembar itu beraksi di pentas akhir mewakili pasukan berbeza.

Bagi Zaquan, sentimen adik beradik harus dipinggirkan dan bermain secara profesional.

Zaquan sebelum ini bermain dalam satu pasukan bersama abangnya mewakili Negeri Sembilan dan JDT.

Zaquan kemudian meninggalkan JDT pada 2017 untuk menyertai Perak dan Kuala Lumpur sebelum bersama Kedah.

Pemain di posisi penyerang itu ditemui selepas sesi bertemu peminat Lang Merah di Petaling Jaya pagi tadi.

Pada majlis tersebut turut diadakan beberapa acara seperti kuiz dan menimbang bola, dan pemenang menerima tiket perlawanan Final Piala Malaysia MALAM ESOK.