Tuesday, May 26, 2020

updated 12:37 PM UTC, May 26, 2020

1,445 Kit Ujian Rapid digunakan untuk saring penduduk Mukim Ulu Benut

  • Published in Nasional

JOHOR BAHRU, 14 April - Sebanyak 1,445 Kit Ujian Rapid (RTK) telah digunakan untuk menyaring penduduk-penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Ulu Benut, Johor.

Daripada jumlah itu, 55 disahkan positif setakat semalam.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, semua individu yang positif ujian RTK diwajibkan menjalani ujian SWAB.

"Di Mukim Ulu Benut, Bandar Baru Dato Ibrahim Majid mencatatkan 163 individu positif COVID-19 diikuti Kampung Dato Ibrahim Majid 2 orang dan Parit Penghulu 4 orang.

"Sementara itu Taman Seri Bayu mencatatkan 3 orang, Parit Salleh 4 orang dan dua lagi kawasan iaitu Taman Suria dan Taman Berjaya masing-masing dengan satu kes positif COVID-19 direkodkan," jelasnya.

Jelasnya lagi, sehingga semalam, 37 mukim di Johor berada dalam Zon Hijau, 49 mukim Zon Kuning, empat mukim Zon Jingga manakala dua mukim, iaitu Plentong dan Ulu Benut di Zon Merah dengan merekodkan lebih 40 kes.