Tuesday, May 26, 2020

updated 12:37 PM UTC, May 26, 2020

Pelanjutan PKP tidak jejas bekalan makanan & keperluan

  • Published in Ekonomi


PADANG BESAR
12 April - Lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menjejaskan bekalan barangan keperluan.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Azizan Sulaiman menjelaskan walau bagaimanapun, masyarakat disaran menjadi mata dan telinga, seterusnya membuat aduan sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan sepanjang PKP.

Jelas Azizan, pemantauan berterusan dikuatkuasakan bagi menjamin barangan keperluan mencukupi.

Premis perniagaan yang beroperasi seperti pasaraya juga menjadi tumpuan bagi mengelak sebarang pencatutan berlaku.

Beliau terdahulu, mengedarkan sumbangan kepada Golongan kurang berkemampuan di Beseri, Padang Besar.