Tuesday, May 26, 2020

updated 12:37 PM UTC, May 26, 2020

COVID-19: Makmal baru dibuka untuk ujian pengesanan wabak

  • Published in Berita Semasa


JOHOR BAHRU, 12 APRIL - 
Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba, memberitahu, Kementerian bakal menyediakan makmal baharu di Johor bagi membantu membuat ujian pengesanan kes-kes COVID-19.

Keperluan itu sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan berhubung penularan wabak di selatan tanah air.

Setakat ini, Johor mempunyai dua makmal COVID-19, masing-masing di Hospital Sultanah Aminah dan Makmal Kesihatan Awam, Johor bahru. 

Mengulas mengenai aliran pulang rakyat malaysia yang bekerja di Singapura, beliau menjangkakan akan menunjukkan penurunan berikutan langkah republik itu melaksanakan langkah lebih ketat mengekang pergerakan di negara seberang tambak johor.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Bangunan Sultan Iskandar, (BSI) Johor Bahru.