Wednesday, November 20, 2019
updated 12:42 PM UTC, Nov 20, 2019

Jepun umumkan venue, Sukan Olimpik Tokyo 2020

  • Published in Sukan

LUAR NEGARA - Jepun mengumumkan venue yang bakal digunakan untuk acara gimnastik pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Bangunan yang direka khas menggunakan kayu dari seluruh negara itu menelan belanja $188 juta Amerika.

Pusat Gimnastik Ariake itu dibina menggunakan 2,300 kubik meter kayu dengan reka bentuk moden.

Rekaan diinspirasi daripada bentuk mangkuk kayu yang terapung.

Rekaan mudah dan cantik itu menjadi simbol kepada seni reka kayu Jepun.

Lokasi terbabit mampu menampung 12,000 penonton dalam satu-satu masa.

Ia akan turut menjadi venue kepada acara trampoline dan boccia Paralimpik.

Pusat Gimnastik itu merupakan venue sukan sementara.

Ia dijangka diubah kepada pusat pameran sebaik Olimpik Tokyo 200 menutup tirai.

Bagi mengelak pembaziran, Jepun turut menggunakan 25 lokasi sedia ada dalam penganjuran temasya sukan terbesar dunia itu.