Monday, May 25, 2020

updated 10:25 AM UTC, May 25, 2020

Tiada lagi kompromi jika ingkar PKP

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 11 April - Tiada lagi kompromi terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan lanjutan tempoh selama dua minggu lagi.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang ingkar berdepan tindakan lebih tegas berdasarkan undang-undang sedia ada dalam usaha memutuskan rantaian penyebaran Covid-19.

Setakat ini, polis telah menahan seribu 95 individu ingkar PKP di seluruh negara sejak 18 Mac hingga semalam.

Daripada jumlah itu, 815 dikenakan kompaun seribu ringgit manakala 242 lagi direman dan 38 orang diberi jaminan polis.

Seramai 373 telah didakwa di mahkamah kerana ingkar arahan PKP.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP.