Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

Persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo

  • Published in Sukan


KUALA LUMPUR
, 31 Mac - Penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020 akibat penularan COVID-19 membolehkan latihan dan program atlet negara akan distruktur semula.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ia akan dilakukan mengikut perkembangan wabak COVID-19 dan keadaan semasa.

Menurut Datuk Seri Reezal, buat masa ini terdapat 35 atlet negara berada dalam senarai nama ke temasya terbesar dunia yang dijadualkan pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 itu manakala 12 daripadanya sudah pun layak.

Beliau turut meyakinkan Kementerian Belia dan Sukan akan sentiasa bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara, dab Institut Sukan Negara, untuk memastikan kesihatan dan kecergasan atlet negara berada di tahap cemerlang.

Dalam perkembangan lain, Reezal Merican mengesahkan semua 48 atlet termasuk atlet profesional dan atlet di bawah persatuan sukan yang berada di luar negara ketika ini berada dalam keadaan baik dan selamat.