Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Liga Perdana Inggeris, Lallana penyelamat The Reds

  • Published in Sukan


ENGLAND - Jaringan tunggal pemain gantian Liverpool, Adam Lallana membantu pendahulu EPL itu melebarkan rekod tanpa kalah saingan liga apabila mengikat Manchester United 1-1 pada aksi di Old Trafford.

Skuad kendalian Jurgen Klopp bertandang ke tempat lawan berbekalkan rekod 17 kemenangan berturut-turut aksi liga, diberi tentangan sengit The Red Devils sebaik wisel dibunyikan.

United terlebih dahulu di depan hasil jaringan Marcus Rashford yang bijak menyambut hantaran lintang Danial James pada minit ke 36.

Liverpool membantah gol tersebut dengan mendakwa Victor Lindelof terlebih dahulu mengasari Divock Origi.

Namun selepas merujuk kepada VAR, pengadil Martin Atkinson kekal tidak memberikan faul kepada tuan rumah untuk Red Devils mendahului 1-0.

Seminit sebelum rehat, Sadio Mane menyamakan kedudukannya namun jaringannya dibatalkan pengadil selepas bola terkena tangan pemain Senegal itu.

Bersambung babak kedua Lallana yang menggantikan Henderson, lu menyudahkan hantaran Andy Robertson minit ke-85 menerjah gawang tuan rumah.

Keputusan seri itu menyaksikan Liverpool kini mengumpul 25 mata daripada 9 perlawanan, Namun The Reds gagal menyamai rekod 18 kemenangan berturut-turut Manchester City.