Tuesday, November 19, 2019
updated 5:21 AM UTC, Nov 19, 2019

The Pocket Rocketman raih pingat emas acara pecut lelaki individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2020 di Korea Selatan

  • Published in Sukan

KOREA SELATAN - Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang membuktikan beliau berada dalam kelas tersendiri apabila muncul sebagai Raja Pecut Asia hari ini.

The Pocket Rocketman itu meraih pingat emas acara pecut lelaki individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2020 yang berlangsung di Korea Selatan.

Berlangsung di Veldorom Pusat Latihan Kebangsaan Jincheon, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu tewas pada pusingan pertama, namun bangkit pada pusingan kedua untuk mengheret perlumbaan ke pusingan penentuan.

Sebaik loceng berbunyi, pelumba berusia 31 tahun yang dikawal rapi Yuta Wakimoto, melakukan kayuhan sekuat tenaga sekali gus meninggalkan pelumba Jepun di tempat kedua.

Jumaat lalu, Azizul tewas kepada Wakimoto dalam perebutan emas acara keirin.

Seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom tewas sekaligus terlepas pingat gangsa kedua-dua perlumbaan di tangan pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya

Manakala dua lagi pelumba wanita negara Anis Amira Rosidi dan Fatehah Mustapa kandas untuk ke pusingan akhir.