Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

KBS pantau perkembangan 48 atlet Malaysia di luar negara

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 31 Mac - Kesemua 48 atlet Malaysia yang berada di luar negara ketika ini disahkan berada dalam keadaan selamat.

Kumpulan atlet itu terdiri daripada atlet professional dan atlet naungan Persatuan-Persatuan Sukan.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, sebahagian daripada mereka terlibat Program Podium.

Mereka berada di 13 negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, Jerman dan beberapa negara Asia.

Mereka berada di situ kerana mengikuti latihan dan pertandingan, mewakili kelab luar negara, belajar dan bercuti.

Datuk Seri Reezal memberi jaminan pihaknya akan sentiasa memantau perkembangan mereka.