Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Aksi Hafizh Syahrin bantu tunda motorsikal Marc Marquez, terima pujian netizen

  • Published in Sukan

JEPUN - Biarpun menamatkan saingan di tempat ke-19 pada Grand Prix Jepun, namun Hafizh Syahrin tetap menjadi bualan kerana sikap suka membantu yang dipamernya.

Dalam perlumbaan di litar berkembar Motegi, pelumba MotoGP negara itu mendapat pujian selepas membantu menunda motosikal Marc Marquez.

Juara dunia; Marquez, memenangi perlumbaan itu tetapi mengalami masalah bahan bakar sebaik menamatkan saingan.

Jentera yang ditungganngnya dikatakan hampir kehabisan minyak sebelum perlumbaan tamat.

Marquez berjaya menghabiskan perlumbaan namun minyak motosikalnya tidak cukup untuk kembali ke pit.

Hafizh sebagaimana penunggang motosikal di Malaysia yang lain mempunyai pengalaman untuk menunda motosikal yang mati akibat kehabisan minyak di jalan raya menghulur bantuan.

Beliau telah menunda motosikal Marquez dengan penuh bergaya dan insiden itu menjadi bualan.