Tuesday, June 2, 2020

updated 12:09 PM UTC, Jun 2, 2020

'MAM Lockdown E-Championship' inisiatif kepada orang ramai luang masa secara e-sukan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR ,29 Mac - Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) mengambil kesempatan menganjurkan perlumbaan elektronik, MAM Lockdown E-Championship, dengan kerjasama platform perlumbaan virtual, RaceRoom bagi memberi peluang orang ramai memanfaat masa ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, (PKP) dilaksanakan,

Menurut MAM, ia merupakan inisiatif persatuan untuk membolehkan orang ramai meluangkan masa secara e-sukan.

2 kategori dipertandingkan iaitu kategori Elite bagi mereka yang mempunyai pengalaman dan novis bagi yang baru.

Mereka yang berminat mestilah mempunyai komputer, dan berdaftar di website RaceRoom.

Perlumbaan kelayakan akan diadakan 31 Mac ini sehingga 3 April depan.

Peserta yang layak akan berlumba sebanyak 4 pusingan yang dijalankan pada 5, 8, dan 12 April manakala pusingan terakhir pada 14 April depan.

Perlumbaan menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM2,000.