Tuesday, November 19, 2019
updated 4:30 AM UTC, Nov 19, 2019

Empat gergasi bola sepak bakal beraksi dalam separuh akhir Piala Malaysia 2019

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Menjelang perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2019 malam ini.

Empat gergasi bola sepak bakal beraksi, untuk merebut piala berprestij bola sepak negara.

Pada aksi separuh akhir pertama, Johor Darul Takzim, JDT menerima kunjungan Selangor di Larkin manakala Pahang akan bertandang ke Alor Setar bertemu Kedah.

Selepas juara bertahan, Perak tersungkur di suku akhir, Piala Malaysia kembali menjadi rebutan 4 pasukan yang pernah menjulang trofi itu dalam 4 edisi sebelum ini.

Pahang mengucup Piala Malaysia pada 2014, Selangor 2015, Kedah 2016 dan JDT 2017.

Tentunya semua pasukan mahu menjulang kemenangan, secara tidak langsung menambah gelaran untuk piala tertua di Malaysia.

Meskipun kedua-dua perlawanan menjadi tumpuan, tetapi Kedah dan Pahang bakal mempamerkan aksi lebih dramatik selepas kedua-dua pasukan mencatat agregat besar dalam aksi suku akhir sebelum ini.

Kedah merekod kemenangan 6-2 ke atas PKNP manakala Pahang mencatat agregat 6-1 ke atas Melaka.

Namun pertemuan JDT dan Selangor turut menjadi tumpuan apabila Harimau Selatan mahu menambah koleksi kedua Piala Malaysia melihat dari kesungguhan mereka dalam kempen kali ini, manakala Selangor tidak mahu berhenti memburu gelaran ke-34 dalam sejarah bola sepak mereka.

Sukar untuk menentukan siapa yang mempunyai kelebihan namun keputusan perlawanan, sedikit sebanyak memberi impak pertemuan kedua separuh akhir 26 Oktober nanti.