Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

BWF diseru ubah sistem kelayakan Olimpik, buka peluang kepada pemain

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann mengusulkan agar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengeluarkan solusi lebih baik berhubung sistem kelayakan Olimpik.

Ia susulan temasya antarabangsa berkenaan ditangguhkan sehingga 2021 ekoran pandemik COVID-19.

Bekas pemain negara itu menyambut baik cadangan BWF untuk membekukan ranking dunia semasa.

Ia berikutan tiada sebarang kejohanan dapat dianjurkan di tengah-tengah penularan Coronavirus baharu di seluruh dunia.

Namun badan pentadbir dunia itu perlu berunding dengan pihak berkepentingan sebelum menetapkan sebarang keputusan berhubung sistem kelayakan.

Choong Hann berharap BWF mempertimbang keputusan melanjutkan tempoh kelayakan Olimpik yang berakhir 30 April ini, bagi memberi ruang lebih ramai pemain melayakkan diri.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata meskipun PKP dilaksana, pemain kebangsaan tetap menjalani rejim latihan di kediaman masing-masing bagi mengekalkan momentum kecergasan.