Friday, July 10, 2020

updated 12:51 PM UTC, Jul 10, 2020

Gaji Menteri Besar & Exco Kerajaan Terengganu akan dipotong 50% selama 2 bulan

  • Published in Berita Semasa


TERENGGANU , 28 Mac - 
Gaji Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Terengganu akan dipotong 50% selama 2 bulan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata langkah berkenaan bagi membantu rakyat negeri itu yang terjejas akibat wabak pandemik COVID-19.

Pemotongan gaji itu akan dimasukkan ke dalam Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu yang ditubuhkan hari ini.

Inisiatif diambil kerana menyedari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan memberi impak lebih besar kepada sosioekonomi dan rakyat.

Dalam perkembangan lain, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri berkata Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 yang diumumkan semalam banyak melegakan sebahagian besar rakyat.

Rakyat juga diingatkan agar memanfaatkan bantuan yang diberikan secara berhemah.