Sunday, 27 September 2020

updated 12:08 PM UTC, Sep 27, 2020

Penangguhan Sukan Olimpik Tokyo, peluang terbaik buat Azizul atasi kelemahan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 25 Mac - Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang, melihat penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai peluang terbaik untuk dirinya, memperbaiki kelemahan yang ada.

Juara dunia Keirin 2017 yang lebih mesra dengan panggilan ‘Jijoe’ dalam kalangan rakan sepasukan menegaskan perkara itu, kerana beliau sudah mempunyai ‘resipi rahsia’ untuk mencapai kejayaan, pada temasya sukan terbesar dunia itu nanti.

Anak jati Dungun, Terengganu ini yang kini berada di Melbourne, Australia mendedahkan, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Beasley berhubung program latihan di rumah, bagi memastikan dirinya kekal cergas sebelum menghadapi Sukan Olimpik pada tahun depan.

Mohd Azizulhasni berkata, beliau terpaksa menghadkan aktiviti senaman di rumah ketika ini, memandangkan kerajaan Australia mengarahkan penutupan semua kompleks sukan dan beberapa pusat beli belah, bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 semalam (Selasa 24 Mc), mengambil keputusan untuk menangguhkan Sukan Olimpik 2020 dan Sukan Paralimpik 2020.