Logo

Conmebol serah pusat konvensyen kepada kementerian Kesihatan Paraguay

LUQUE, 25 Mac - Konfederasi Bola Sepak Amerika Latin (CONMEBOL) menyerahkan pusat konvensyennya kepada Kementerian Kesihatan Paraguay.

Ia sebagai tanda sokongan kepada kerajaan negara itu menangani wabak Covid-19.

Pengumuman dibuat CONMEBOL semalam.

Pusat konvensyen tersebut terletak di bandar Luque.

Ia dijangka dijadikan fasiliti kesihatan oleh pihak berkuasa.

Setakat ini, 2 kematian dicatatkan akibat wabak terbabit di Paraguay.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.