Tuesday, March 31, 2020

updated 2:27 PM UTC, Mar 31, 2020

"Terima Kasih" untuk pekerja perkhidmatan penting dari pemain Atletico Madrid

  • Published in Sukan

MADRID, 25 Mac - Sebagai tanda sokongan kepada pekerja perkhidmatan penting, pemain Atletico Madrid menyampaikan ucapan terima kasih dengan cara unik.

Menggunakan rakaman video, barisan pemain dipapar menepuk tangan, simbolik kepada penghargaan buat kumpulan berkenaan.

Rakaman video dimainkan di paparan LED gergasi di luar stadium mereka, Wanda Metropolitano di Madrid, Sepanyol.

Video setiap atlet dirakam secara berasingan.

Ia menampilkan barisan pemain kelab La Liga itu.

Ucapan terima kasih buat pekerja perkhidmatan penting termasuk petugas perubatan dan tukang sapu merupakan kelaziman buat penduduk tempatan.

Mereka sering bertepuk tangan dan melaungkan ucapan penghargaan setiap 8 malam di balkoni kediaman masing-masing.

0VO-2503 BTH ATLETICO MADRID