Sunday, 27 September 2020

updated 12:39 PM UTC, Sep 27, 2020

Sanitasi Pusat Latihan JDT -Tunku Ismail Sultan Ibrahim

  • Published in Sukan


JOHOR BAHRU, 25 Mac
- Pasukan Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) melakukan proses sanitasi di pusat latihan mereka di Padang Seri Gelam, sebagai langkah pencegahan COVID-19.

Melalui satu hantaran di laman Facebook, Pemilik Kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengarahkan semua fasiliti milik pasukan termasuk gimnasium, bilik persalinan dan kawasan sekitar padang, melalui proses sanitasi secara kerap bagi membendung penularan COVID-19 dalam kalangan pemain serta pegawai kelab.

Proses sanitasi dilakukan sebuah syarikat dari Johor yang menggunakan produk buatan Jerman yang telah diuji dapat membasmi pelbagai jenis virus termasuk COVID-19.

Sementara itu, rata-rata komen pada laman rasmi JDT memuji langkah tersebut, dan dianggap proaktif bagi membendung penularan wabak yang sehingga kini telah meragut 16 nyawa.

JDT kini menggunguli Liga Super dengan 10 mata hasil 3 kemenangan dan 1 seri.