Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Ronaldinho sambut ulang tahun dalam penjara

  • Published in Sukan



ASUNCION, 22 Mac
- Bintang ternama arena bola sepak abad ke-21, Ronaldinho menyambut sambutan hari kelahirannya ke-40 semalam.

Namun, kali ini bekas penyerang Barcelona itu terpaksa menyambutnya di dalam penjara bersama abangnya, berikutan kes mereka menggunakan dokumen palsu memasuki Paraguay masih dalam siasatan.

Peguam Ronaldinho ada memohon supaya anak guamnya hanya dikenakan tahanan rumah.

Namun pihak kehakiman menyatakan, pasangan adik beradik itu tidak mengemukakan sebarang bukti yang menjamin mereka tidak akan lari meninggalkan Paraguay sebelum siasatan selesai.

Adik beradik warga negara Brazil itu berkata, mereka datang ke Asuncion untuk urusan perniagaan.

Dokumen tidak sah itu didakwa diberi sebagai hadiah oleh ahli perniagaan Brazil, Wilmondes Sousa Liria yang telah pun dipenjarakan.

Ronaldinho dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia sebanyak 2 kali dan pernah bermain untuk kelab terkemuka Eropah seperti Paris Saint-Germain, Barcelona dan AC Milan.