Logo

Lapan lagenda badminton negara, bakal asah bakat juara masa depan

DAMANSARA - Lapan lagenda badminton negara di dihimpun dalam program pembangunan Juara Tangkis Tun Dr Siti Hasmah yang akan mencari, melatih dan mengasah bakat bakal juara masa depan.

Mereka akan membentuk 8 pasukan dengan setiap pasukan akan dianggotai 12 pemain, yang akan berlangsung pada pertengahan Oktober dan berakhir Disember ini

Lagenda badminton itu terdiri daripada bekas pemain skuad Piala Thomas dan Olimpik 90-an iaitu Foo Kok Keong, Cheah Soon Kit, Rahman Sidek, Ong Ewe Hock, Roslin Hashim, Zakry Latif, Koo Kien Keat dan Woon Khe Wei 

Menurut Pengarah Program, Rashid Sidek, 96 pemain berpotensi akan dipilih berdasarkan cadangan serta penilaian daripada persatuan badminton negeri dan kelab badminton yang aktif dari seluruh negara.

Program ini merupakan satu saluran altenatif yang membuka ruang kepada pemain badminton yang berada di luar lingkaran Persatuan Badminton Malaysia dan Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk mempamerkan bakat mereka.

Rashid bercakap kepada media selepas pelancaran program berkenaan yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di Damansara Perdana, Selangor.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.