Johor - Bantuan kewangan bagi pihak terkesan wabak COVID-19



JOHOR BAHRU, 21 Mac
- Kerajaan Negeri Johor mengumumkan bantuan secara one-off sebanyak RM1,000 kepada semua pesakit yang positif COVID-19 di negeri itu.

Bantuan itu bagi mengurangkan beban mereka yang terjejas.

Datuk Hasni Mohammad memaklumkan, peruntukan one-off sebanyak RM20,000 turut diberi kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri.

Pada masa yang sama juga kerajaan negeri akan mempertimbangkan bantuan segera bagi kategori asnaf yang terkesan dengan COVID-19.

Sebagai tanda takziah pula, kerajaan negeri akan menyampaikan sumbangan RM2,000 kepada waris mangsa yang meninggal dunia akibat COVID-19.