Tuesday, October 22, 2019
updated 1:50 AM UTC, Oct 22, 2019

Hadi Fayyadh bersama kelab bola sepak Fagiano Okayama yang bakal berakhir Disember ini masih menjadi tanda tanya

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Kontrak pemain bola sepak muda negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak bersama kelab bola sepak Fagiano Okayama yang bakal berakhir Disember ini masih menjadi tanda tanya sama ada dia kekal atau sebaliknya.

Ini kerana Hadi dikatakan masih bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan dalam liga utama dan hanya beraksi dalam perlawanan sampingan.

Namun Pengarah Urusan Kelab Fagiano Okayama, Tokuhiko Suzuki berkata bukan sahaja Hadi, pihaknya masih belum menilai semua pemain kerana liga masih berjalan.

 Tokuhiko turut memuji Hadi yang mempunyai kelebihan tersendiri dengan kemampuan beraksi dalam padang.

Beliau bercakap demikian selepas mengadakan kunjungan ke Majlis Sukan Negara, MSN.

Kelab Jepun itu akan menyertai Piala Supermokh Disember ini sebagai sebahagian rancangan kerjasama yang dijalankan.

Fagiano Okayama akan turut mengadakan 4 klinik bola sepak selain memilih beberapa pemain muda untuk dibawa ke Jepun bagi menimba ilmu di sana.