Logo

Perlawanan menentang Vietnam, Harimau Malaya perlu menang untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023

Kekecewaan tewas kepada Vietnam di pentas akhir Piala AFF tahun lalu masih belum terpadam dalam memori Harimau Malaya.

Justeru, aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi malam esok bakal menjadi medan terbaik untuk Harimau Malaya membalas dendam terhadap skuad Naga Emas.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan dendam kekalahan kepada Vietnam dalam Piala AFF di gelanggang sama kira-kira 10 bulan lalu harus dileraikan anak buah Tan Cheng Hoe.

Beliau telah bertemu para pemain dan menyatakan keperluan untuk menang bagi memastikan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Datuk Hamidin optimis, skuad kendalian Cheng Hoe itu mampu membawa pulang tiga mata penuh dan sekaligus memperbaiki kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA.

Tiga mata menjadi buruan Harimau Malaya di Hanoi bagi memperbaiki kedudukan dalam Kumpulan G selepas mengumpul tiga mata daripada dua perlawanan sebelum ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.