Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Ragbi Piala Dunia 2019 ;England berhasrat untuk kekalkan rekod tanpa kalah peringkat dan giat menjalani latihan menjelang pertemuan terakhir kumpulan C

  • Published in Sukan

CHOFU, TOKYO - Kejohanan Ragbi Piala Dunia 2019.

England berhasrat untuk mengekalkan rekod tanpa kalah peringkat dan giat menjalani latihan menjelang pertemuan terakhir kumpulan C dengan lawan sukar, Perancis.

Perancis kini di tangga kedua kumpulan C.

Jurulatih England, Eddie Jones menyedari England perlu muncul juara untuk mengelak Australia yang dijangka akan muncul juara kumpulan D.

Walaupun kedua-dua pasukan England dan Perancis telahpun layak ke suku akhir namun perebutan juara dan naib juara kumpulan amat penting dalam menentukan nasib di Piala dunia.

Red Rose percaya Les Blues juga ingin bertemu Australia.

Tanpa sebarang kecederaan besar skuad Eddie Jones akan turun penuh yakin melayan Perancis.

Dalam pada itu beberapa perubahan dilakukan Wales menjelang pertemuan dengan Fiji.

Ross Moriaty dan James Davies akan kembali mengukuhkan bahagian pertahanan gandingan yang membantu skuadnya menewaskan Australia.

Selain itu, lock , Alun Myn Jones akan mengetuai Wales dan Dan Biggar dijangka akan turun selaku fly half.

Wales perlu menang dalam perlawanan ini untuk memudahkan laluan mereka ke suku akhir.