Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Malaysia terima bantuan peralatan perubatan pertama dari China

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 19 Mac - Malaysia menerima bantuan pertama peralatan perubatan dari China.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui media sosialnya.

Datuk Seri Hishammuddin turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas bantuan China.

Beliau sebelum ini telah menulis secara rasmi kepada rakan sejawat di China, H.E Wang Yi untuk mendapatkan bantuan topeng muka, cecair pembasmi kuman, kit ujian dan lain-lain.

Dalam pada itu, antara hantaran Facebook Kedutaan China di Malaysia menyatakan, penghantaran kumpulan pertama peralatan perubatan dari China dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Menerusi perkongsian itu, kelihatan beratus kotak barangan perubatan sedang disusun atur di perkarangan Kedutaan China di Malaysia, di Kuala Lumpur.

Lebih menarik perhatian, mereka memaparkan rentangan sepanduk di lori dengan ayat "Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni".

Turut tertulis di sepanduk "Perangi COVID-19 dengan kerjasama dan perpaduan" dan kesemua ayat berkenaan ditulis dalam bahasa Melayu dan Mandarin.