Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Pekan Rantau Panjang lengang

  • Published in Berita Semasa

RANTAU PANJANG, 18 Mac - Pekan Rantau Panjang iaitu 'syurga' beli belah di Kelantan lengang.

Situasi sama turut berlaku di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang yang tidak sesak dengan pergerakan keluar masuk seperti kebiasaannya.

Di kaunter imigresen, hanya warga Thailand yang mahu pulang ke kampung halaman dilihat bersama keluarga masing-masing.

Serentak dengan perintah kawalan pergerakan, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif mengharapkan masyarakat mematuhinya sepanjang tempoh yang ditetapkan.

Hari pertama penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan menyaksikan masyarakat akur dengan hampir semua premis perniagaan ditutup kecuali bank, farmasi dan klinik swasta.