Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Farah Ann layak ke Sukan Olimpik Tokyo

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Ratu Gimnastik Negara, Farah Ann Abdul Hadi layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Berita gembira itu diperoleh hasil persembahan pada Peringkat kelayakan Keseluruhan di Struttgart, Jerman awal pagi tadi.

Kejayaan Farah Ann menamatkan kemarau penyertaan Malaysia ke peringkat Olimpik dalam acara itu sejak hampir 20 tahun lalu.

Kali terakhir Malaysia menyertai kejohanan terbesar dunia itu dalam acara berkenaan ialah pada Sukan Olimpik Sydney 2000 menerusi Au Li Yen.