Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

4 rentung dalam kebakaran Diesel RAPID Penggerang

  • Published in Jenayah

 

KOTA TINGGI, 16 Mac - 4 rentung manakala seorang lagi melecur 70% dalam kejadian kebakaran Diesel di RAPID Penggerang, Kota Tinggi, Johor malam tadi.

Seorang mangsa selamat sementara seorang lagi masih belum ditemui.

Mangsa yang selamat dikenalpasti sebagai Mohd Saiful Amat manakala Arnado Alexander melecur.

Bomba dan Penyelamat dalam kenyataan media memaklumkan 5 lagi mangsa merupakan Fadhi Akmal Fadzil; Azarul Ashraf Norakmal, Norfazly Md Nor, Che Huzaidy Che Harun dan Hadi Syafiq Jamil.

Laporan awal mendapati kebakaran Diesel Hydro Treater Unit itu berlaku kira-kira pukul 11 malam.

Unit berkenaan dipercayai menjalankan proses membuang sulfur daripada diesel mentah menggunakan gas hidrogen.

7 jentera pelbagai jenis serta lori dari balai bomba dan penyelamat Sungai Renit dibantu pasukan dari Sebana Cove, Penawar, Pasir Gudang serta Larkin digerakkan sejurus menerima panggilan kecemasan.