Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

COVID -19 : Rakyat disaran tangguh perjalanan ke luar negara

  • Published in Nasional

 

PUTRAJAYA, 16 Mac - Kementerian Luar meminta rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Ia selaras saranan Kementerian Kesihatan yang turut menasihati orang ramai supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan atau acara berskala besar termasuk di luar negara.

Berhubung usaha membawa pulang rakyat Malaysia dari negara lain seperti Korea Selatan dan Sepanyol, Datuk Kamarudin menjelaskan ia akan dibincangkan di peringkat kabinet.