Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Sebuah madrasah di Terengganu ditutup, kekang Covid-19 menular

  • Published in Nasional

 

KUALA TERENGGANU, 15 Mac - Sebuah madrasah di Terengganu ditutup selama 14 hari bertujuan mengekang penyebaran Covid-19.

Difahamkan, penutupan itu berikutan terdapat ahli tabligh yang singgah di madrasah berkenaan disyaki positif Covid-19 pada pemeriksaan peringkat awal.

Lelaki terbabit yang dikatakan pernah menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling, Selangor itu sudah dihantar ke Wad Isolasi Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, lebih 300 pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan sokongan yang mendiami madrasah itu dikuarantin, bermula semalam.

Sementara itu Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, sebuah pusat kawalan diwujudkan ditempat kejadian.

2 pegawai serta 10 anggota PDRM ditempatkan di kawasan madrasah.

Pihak polis mengawal pintu keluar masuk madrasah berkenaan dan melakukan kawalan selama 24 jam di lokasi terbabit.

Selain itu kakitangan jabatan kesihatan juga dilihat melakukan kerja pembersihan dan pemeriksaan kesihatan.