Logo

COVID-19; Bekalan tambahan topeng hidung dan mulut sudah berada di pasaran

PUTRAJAYA, 6 Mac - Bekalan tambahan topeng hidung dan mulut sudah berada di pasaran dan diedarkan kepada pemborong dan peruncit.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Hasnol Zam Zam Ahmad berkata pihaknya sentiasa memantau rapat proses penghasilannya susulan permintaan mendadak sebanyak tiga kali ganda susulan penularan wabak COVID-19.

Jelas beliau usaha untuk menambah bekalan topeng hidung dan mulut dilakukan secara berterusan bagi memastikan ia mencukupi.

Tambahnya pengedaran topeng mulut dan hidung oleh pemborong kepada peruncit turut mengambil kira faktor lokasi.

Kawasan berhampiran sempadan dan pintu masuk utama negara diberi keutamaan berbanding kawasan lain.

Beliau memaklumkannya selepas Majlis Apresiasi KPDNHEP 2020 di Putrajaya.

Majlis itu diadakan bagi meraikan bekas Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Bekas Timbalannya, Chong Chieng Jen.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.