Saturday, April 4, 2020

updated 12:21 PM UTC, Apr 4, 2020

RM22.5 juta diperlukan tampung kos persiapan atlet ke Tokyo 2020

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 20 Feb - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan sebanyak RM22.5 juta peruntukan diperlukan bagi menampung kos persiapan keseluruhan atlet yang akan beraksi di Temasya Olimpik Tokyo 2020.

Daripada jumlah berkenaan, sukan berbasikal merekodkan jumlah tertinggi permintaan peruntukan iaitu RM8.3 juta diikuti sukan badminton; RM6.4 juta dan akuatik, bagi acara terjun; RM2.3 juta.

Keseluruhan peruntukan ini adalah daripada pembentangan sasaran persatuan sukan terlibat berdasarkan kepada prestasi terkini atlet di Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program Road To Tokyo 2020.

Sehingga kini seramai 10 atlet telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 manakala 25 atlet lagi masih dalam proses kelayakan.

Ketika ini hanya jaguh berbasikal trek, Azizulhasni Awang yang diumumkan prospek emas meskipun Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) hanya meletakkan sasaran pingat perak.