Saturday, April 4, 2020

updated 10:38 AM UTC, Apr 4, 2020

Hamilton catat masa terpantas pada ujian pra musim di Barcelona

  • Published in Sukan

 

 

BARCELONA, 21 Feb - Pasukan Mercedes Petronas nyata gembira apabila juara dunia enam kali, Lewis Hamilton mencatat masa terpantas hari pertama sesi ujian pra musim di Barcelona, Sepanyol.

Bagaimanapun pemandu Ferrari, Sebastian Vettel terpaksa menarik diri akibat kurang sihat.

Menggunakan soft compound atau tayar lembut C2, Hamilton melakukan 94 pusingan tanpa sebarang masalah dan rakan sepasukan Valtteri Bottas melengkapkan 79 pusingan di sebelah pagi.

Hamilton mencatat satu minit 16.976 saat, 0.337 saat lebih pantas berbanding, Bottas.

Misi Hamilton musim ini adalah untuk mempertahankan kejuaraan dan menyamai rekod lagenda Formula One, Micheal Schumacher.

Pemandu Red Bull, Max Verstappen pula di tempat keempat terpantas dengan 168 pusingan.

Pemandu McLaren, Carlos Sainz berjaya melakukan 161 pusingan.

Juara empat kali, Sebastian Vettel yang sepatutnya memandu model baru Ferrari SF1000 tidak berupaya beraksi akibat kurang sihat, sebaliknya rakan sepasukan, Charles Leclerc menamatkan sesi pertama di tempat ke-11 dengan 132 pusingan.

Antara yang turun menjalani sesi ujian adalah pemandu Williams, George Russell dan Robert Kubica yang kembali musim ini untuk bersama Alfa Romeo.

Pusingan pertama Formula One musim 2020 akan bermula di Australia pada 15 Mac.