Saturday, April 4, 2020

updated 11:45 AM UTC, Apr 4, 2020

S.Kumar umum persaraan, tabur bakti bidang kejurulatihan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 20 Feb - Penjaga gol hoki lelaki negara, S. Kumar mengumumkan persaraannya dari pentas antarabangsa.

Namun beliau akan terus menabur bakti dalam bidang kejurulatihan dengan mengendalikan skuad remaja lelaki kebangsaan.

Jelas S. Kumar, hasrat untuk bersara telah diluahkan sejak tahun lalu namun beliau menangguhkan niat itu memandangkan pasukan negara sedang berdepan dengan pusingan kelayakan Olimpik 2020 Tokyo.

Selepas 20 tahun dan membuat 321 penampilan bersama skuad kebangsaan, beliau menyifatkan sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada muka baharu untuk menyarung jersi kebangsaan pada masa depan.

Beliau turut berbesar hati dengan pengumuman Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) untuk menyerapnya dalam barisan kejurulatihan skuad hoki kebangsaan dan berazam untuk melahirkan pasukan yang berupaya menjejakkan kaki ke pentas Olimpik 2024 Paris, Perancis.