Saturday, April 4, 2020

updated 11:59 AM UTC, Apr 4, 2020

Kos RM10 juta naik taraf padang Stadium Nasional Bukit Jalil berbaloi - Syed Saddiq

  • Published in Sukan

PUCHONG, 19 Feb - Kos yang tinggi tetapi berbaloi.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, RM10 juta bagi naik taraf padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) adalah bagi memastikan stadium itu memiliki padang yang lebih berkualiti dan tahan lama mengikut cuaca.

Ujarnya, perbincangan dengan pihak terlibat kini berada pada tahap akhir.

Proses menaik taraf SNBJ dengan menggantikan rumput padang 'cow grass' sedia ada dengan jenis 'zeon zoysia' hanya akan bermula hujung tahun ini.

Ia berikutan stadium berkenaan bagi tempoh terdekat mempunyai pelbagai tempahan acara termasuk aksi membabitkan skuad bola sepak kebangsaan.

Pertimbangan untuk menaik taraf padang oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Kementerian Belia dan Sukan adalah bagi mengelak isu permukaan padang berulang pada masa akan datang.