Saturday, April 4, 2020

updated 11:02 AM UTC, Apr 4, 2020

Malaysia dijangka jadi pembekal makanan halal utama pada Sukan Olimpik Tokyo 2020

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR,19 Feb  - Malaysia dijangka menjadi pembekal makanan halal utama kepada atlet dan mereka yang terlibat temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ketika ini, para pengusaha giat menggandakan operasi pengeluaran untuk dihantar ke Jepun.

Antara menu makanan yang disediakan dalam bungkusan sedia untuk dimakan itu termasuk nasi goreng dan ayam beriyani.
Menurut pemilik syarikay MyChef, Ahmad Husaini Hassan, makanan terbabit dijangka dijual di mesin layan diri, pasaraya dan kisok di perkampungan sukan.

Untuk tujuan itu, Ahmad Husaini menjalin kerjasama dengan rangkaian pasaraya negara matahari terbit; Aeon.
MyChef menjangkakan penganjuran temasya itu akan meningkatkan untung syarikat sebanyak tiga kali ganda kepada 1 juta dolar amerika tahun ini.

Malaysia menjadikan Sukan Olimpik Tokyo batu loncatan untuk menjalankan eksport halal.

Antara barangan yang sering menerima permintaan tinggi ialah makanan dan produk kosmetik.