Wednesday, September 18, 2019
updated 1:59 PM UTC, Sep 18, 2019

Thailand menewaskan Indonesia dengan 3-0

  • Published in Sukan

JAKARTA - Dalam satu lagi aksi kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, Thailand yang berkunjung ke Gelora Bung Karno, membawa pulang tiga mata selepas menewaskan tuan rumah Indonesia 3-0.

Semua gol Thailand dijaringkan di babak kedua.

Penyerang pasukan Gajah Perang, Supachok Sarachat meledakkan gol pertama minit ke-55 untuk Thailand di depan 1-0.

15 minit kemudian gawang Indonesia bocor lagi untuk gol kedua Thailand, kali ini menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Theerathon Bunmathan.

Penalti diberikan selepas Sarachat dijatuhkan di hadapan pintu gol Indonesia.

Ketajaman penyudah Sarachat yang juga pemain kelab Buriram United sememangnya sukar dikawal pertahanan Indonesia apabila sekali lagi pemain itu menggegarkan jaring Indonesia untuk gol ketiga Thailand minit ke-73.

Dengan kemenangan 3-0, Thailand membawa bekal selesa untuk bertemu Emiriyah Arab Bersatu UAE pada 15 Oktober ini manakala Indonesia yang kalah dua kali akan bertemu UAE pada 11 Oktober.