Tuesday, May 26, 2020

updated 12:37 PM UTC, May 26, 2020

WHO puji keupayaan Malaysia tangani COVID-19

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 18 Feb - Kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia dalam menangani jangkitan COVID-19 menerima pujian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu disuarakan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi satu telesidang yang diadakan bersama petang tadi.

WHO turut mencadangkan agar Malaysia terus memperkukuhkan aktiviti influenza survelan dengan menjalankan ujian COVID-19 kepada pesakit severe acute respiratory infection (SARI).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kepada pihak WHO bahawa KKM telah perluaskan survelan jangkitan salur pernafasan dengan menjalankan ujian COVID-19.

Berkaitan isu sama, Datuk Seri Dr.Dzulkefly menjelaskan, bahawa tiada kes baru dilaporkan hari ini,

Sehubungan itu, jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan sehingga hari ini kekal sebanyak 22 kes dengan hanya 11 kes masih dirawat di wad.