Wednesday, September 18, 2019
updated 2:07 PM UTC, Sep 18, 2019

Kesatuan Ragbi Malaysia K-R-M dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak bakal menganjurkan kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan

  • Published in Sukan

PERAK - Kesatuan Ragbi Malaysia K-R-M dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak bakal menganjurkan kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan pada 14 dan 15 September ini.

Selain menjadi platform mencari bakat baharu untuk menyarung jersi negara, kejohanan tahunan ini juga dilihat sebagai medan terbaik sebagai persiapan pasukan bertanding menuju ke Sukan Malaysia di Johor tahun depan.

Menurut Pengarah Pertandingan K-R-M, Fahmy Jalil sebanyak 44 pasukan mengesahkan penyertaan dalam lima kategori dipertandingkan iaitu Lelaki Core,Lelaki Qualifier, Wanita Terbuka, Lelaki dan Wanita bawah 20 tahun.

Kejohanan berlangsung selama dua hari di padang Ipoh.

Temasya juga bakal diisi dengan Kursus Match Day Controller bertujuan melahirkan lebih ramai pegawai teknikal yang mendapat kerjasama Badan Ragbi Dunia.

Hadiah wang tunai sebanyak RM 30 ribu menanti juara setiap kategori.

Turut berkenan menyaksikan perlawanan akhir nanti ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.