Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Harimau Malaya gagal manfaat bermain di laman sendiri

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Bola Sepak kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 bagi kumpulan G.

Malaysia gagal mengekalkan momentum jaringan awal apabila terpaksa tunduk 1-2 kepada UAE.

Gol pertama skuad Harimau Malaya diperoleh menerusi tandukan Syafiq Ahmad pada minit pertama.

Bagaimanapun kelebihan Malaysia tidak lama apabila Ali Ahmed Mabkhout berjaya mengikat dengan hasil gol penyamaan pada minit ke-43.

Masuk babak kedua, Ali terus membuktikan ketangkasannya apabila meledak gol kedua pada minit ke-74.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan anak buah Tan Cheng Hoe kekal dengan tiga mata dan menduduki tangga ketiga Kumpulan G selepas dua perlawanan.

Selepas ini, Harimau Malaya akan bertemu Vietnam.