Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Persatuan E-Sukan Selangor mungkin menggunakan pemain profesional pada Temasya Sukan Malaysia, SUKMA Johor

  • Published in Sukan

 

SELANGOR - Persatuan E-Sukan Selangor tidak menolak kemungkinan menggunakan pemain profesional pada Temasya Sukan Malaysia, SUKMA Johor tahun depan.

Jelas Presidennya, Afzaruddin Burhanuddin, Selangor memiliki ramai atlet profesional bawah 21 tahun terutamanya dalam permainan Mobile Legends dan Dota2 (disebut dota two).

Meskipun belum diketahui jumlah pingat yang ditawarkan di SUKMA Johor 2020, pihaknya sudah memulakan langkah awal dengan membuat pemilihan atlet pada bulan Julai lalu.

E-sukan dijangka menawarkan pingat di SUKMA Johor tahun depan selepas pertama kali dijadikan sukan persembahan di SUKMA Perak tahun lalu selain Sukan SEA Filipina turut menawarkan 6 pingat tahun ini.